You're enter.Please be nice | Follow | Dashboard | Facebook

Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2


Hari ini Kertas Matematik Objektif pula. Alhamdulillah, soalannya senang daripada soalan tahun-tahun lepas. Wah, begitu murah hati kerajaan beri soalan senang! Saya tak menipu, tahu? Kecuaian sedikit itu adalah. Saya tak cuak sedikit pun.

Fuhh, ringan sedikit kepala saya. Esok subjek Sains, Bahasa Inggeris Objektif danSubjektif disusuli dengan Soalan Aptitud. Esok kami balik lambat. Saya malas nak balik lambat-lambat ini! Tak syok nak duduk depan komputer!

Ujian Penilaian Sekolah Rendah bakal berakhir esok. Sayu pula nak tinggalkan suasana peperiksaan yang bercampur baur. Pengawas peperiksaan semuanya kelakar-kelakar belaka. Nanti tak dapat jumpa pengawas peperiksaan yang baik itu lagi :(

Balik nanti, saya bercadang nak minta maaf dengan semua pengawas peperiksaan yang ada. Mana tahu, saya rindu mereka! Awak bolehlah cakap saya ini ada masalah pemikiran tetapi saya bercakap benar. Saya sayang pengawas peperiksaan.

Alamak, tengah tulis ini rasa sayu pula! Oh, jangan saya menangis sudah. Kertas terakhir esok saya nak jawab betul-betul. Saya nak jawab dengan penuh semangat juang sambil sayu nak tinggalkan pengawas peperiksaan. Wassalamualaikum 







Original By :

Saya rasa sayu nak berpisah dengan semua pengawas peperiksaan. Semuanya berperangai selamba dan kelakar. Saya juga rasa sayu nak tinggalkan UPSR serta suasana ini. Rasa macam nak menangis pun ada. Esok saya nak minta maaf dengan semua pengawas peperiksaan ~



1 comments:

Nurul Damia said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment